top of page

Galeri aktiviti Yayasan Faham

Kami Faham....

Sumbangsih Yayasan Faham

Program ini diadakan purata sebulan sekali dimana Yayasan bersama sekolah, NGO, pemimpin masyarakat tempatan atau agensi kerajaan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan. Setelah itu mereka dijemput ke satu majlis ringkas dimana bantuan diberikan

Pembinaan Kompleks Ilmu Wadi-Faham

Dengan kerjasama Pengerusi Yayasan yang telah mewakafkan tanah di Dusun Tua Hulu Langat, Selangor; Pusat ilmu ini didalam peringkat pembinaan. Pusat ini akan ditadbirkan oleh Yayasan dan akan menempatkan pelajar-pelajar miskin dan anak yatim dan juga sebuah pusat Tahfiz

Menyusur Akar
​​
Wakil Yayasan mengembara ke kawasan pendalaman, kampung dan setinggan untuk melawat dan membantu mereka yang memerlukan. Program dikhususkan terutama sekali kepada mereka yang tidak mampu hadir untuk menerima bantuan seperti pesakit terlantar, OKU dan ibu tunggal.

Bantuan Pendidikan​

Kepada pelajar miskin yang ditawarkan tempat untuk belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sumbangan diberikan berbentuk wang tunai perbelanjaan untuk mendaftar di IPT dan subsidi kos sara hidup sebelum medapat biasiswa atau PPTN.



Bantuan Perayaan

Sumbangsih bersempena dengan hari perayaan seperti Hari Raya dan lain-lain. Sumbangan adalah dalam bentuk hadiah barangan atau wang tunai.

Bantuan Mangsa Bencana Alam

Apabila mendapat maklumat tentang bencana alam seperti banjir, ribut dan tsunami, wakil Yayasan akan segera melawat kawasan terlibat dan menghulurkan bantuan bagi mengurangkan kesengsaraan yang dihadapi mereka.

Bantuan OKU

Wakil Yayasan mengembara ke kawasan pendalaman, kampung dan setinggan untuk melawat dan membantu mereka yang memerlukan. Program dikhususkan terutama sekali kepada mereka yang tidak mampu hadir untuk menerima bantuan seperti pesakit terlantar, OKU dan ibu tunggal.

Bantuan Pesakit Kronik

Bedasarkan maklumat ataupun permohonan yang diterima wakil Yayasan Faham akan melawat dan menilai bantuan yang diperlukan oleh pesakit pesakit berkenaan. Lembaga Pemegang Amanah Yayasan akan meluluskan bantuan bedasarkan kepada kes berkenaan.

Aktiviti bersama Agensi Kerajaan atau NGO

Yayasan Faham dari masa kemasa bekerjasama dengan agensi kerajaan dan NGO untuk melaksanakan aktiviti amal.Antara aktiviti yang pernah dilaksanakan adalah seperti gotong royong membersihkan masjid,rumah anak yatim dewan orang ramai,kemudahan awam,rumah orang-orang tua,fakir miskin dan lain.Agensi yang terlibat adalah seperti JASA,PLKN,Jabatan Penerangan,Komuniti 1Malaysia,ADUN,Penyelaras DUN,Badan Professional dan lain-lain.

bottom of page