top of page

SUMBANGSIH YAYASAN FAHAM

Program ini diadakan purata sebulan sekali dimana Yayasan bersama sekolah, NGO, pemimpin masyarakat tempatan atau agensi kerajaan mengenal pasti mereka yang memerlukan bantuan. Setelah itu mereka dijemput ke satu majlis ringkas dimana bantuan diberikan

PROGRAM

MENYUSUR AKAR

Wakil Yayasan mengembara ke kawasan pendalaman, kampung dan setinggan untuk melawat dan membantu mereka yang memerlukan. Program dikhususkan terutama sekali kepada mereka yang tidak mampu hadir untuk menerima bantuan seperti pesakit terlantar, OKU dan ibu tunggal.

SUMBANGSIH PELAJAR IPT

Kepada pelajar miskin yang ditawarkan tempat untuk belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sumbangan diberikan berbentuk wang tunai perbelanjaan untuk mendaftar di IPT dan subsidi kos sara hidup sebelum medapat biasiswa atau PPTN.

SUMBANGSIH PELAJAR MISKIN

Kepada pelajar miskin yang mendapat keputusan cemerlang didalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM, dan STPM. Sumbangan adalah dalam bentuk hadiah barangan atau wang tunai.

SUMBANGSIH HARI PERAYAAN

Sumbangsih bersempena dengan hari perayaan seperti Hari Raya dan lain-lain. Sumbangan adalah dalam bentuk hadiah barangan atau wang tunai.

BANTUAN MANGSA BENCANA ALAM

Apabila mendapat maklumat tentang bencana alam seperti banjir, ribut dan tsunami, wakil Yayasan akan segera melawat kawasan terlibat dan menghulurkan bantuan bagi mengurangkan kesengsaraan yang dihadapi mereka.

PEMBINAAN KOMPLEKS ILMU WADI-FAHAM

Dengan kerjasama Pengerusi Yayasan yang telah mewakafkan tanah di Dusun Tua Hulu Langat, Selangor; Pusat ilmu ini didalam peringkat pembinaan. Pusat ini akan ditadbirkan oleh Yayasan dan akan menempatkan pelajar-pelajar miskin dan anak yatim dan juga sebuah pusat Tahfiz

bottom of page